• Main
  • News

???? PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI 2026 SK SERI DUYONG

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong MADANI 2026 telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru, kakitangan sekolah, murid-murid, AJK PIBG, ibu bapa serta semua pihak yang telah meluangkan masa, tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semangat kerjasama, keprihatinan dan sikap berganding bahu yang ditunjukkan membuktikan bahawa kebersihan dan keceriaan sekolah adalah tanggungjawab bersama. Semoga usaha murni ini menjadi amal kebajikan yang berpanjangan serta mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih bersih, ceria dan kondusif untuk semua.

???? “Kebersihan Dipelihara, Kelestarian Dibudaya.” ????

Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan yang telah dicurahkan.

#GotongRoyongMADANI2026 #UnitHEMSKSeriDuyong #KebersihanDipeliharaKelestarianDibudaya