???????????????????????????? ???????????????????????? ???????????????????????? ???????????? ???????????????????????? ????????????????????
Masa :7.20- 8.10 pagi
Tempat : Dewan Seri Wawasan.
Guru bertugas: Ust Mohd Khairul Bin Aziz
Khalifah Murid : Muhammad Faris Haikal Md Yusri (6 Aman)
Agenda :
#Alunan Nasyid Asma Ul Husna
#Bacaan Yassin
# Tazkirah ringkas hadis 40 oleh Ustazah Nor Aziana Binti Mohamad (hadis ke-10)
#Infaq Jumaat
الانذار Peringatan
BERADAB DENGAN ALLAH SWT DAN NABI SAW
{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٰتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِيِّ وَلَا تَجۡهَرُواْ لَهُۥ بِٱلۡقَوۡلِ كَجَهۡرِ بَعۡضِكُمۡ لِبَعۡضٍ أَن تَحۡبَطَ أَعۡمَٰلُكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ }
Surah Al-Ḥujurāt: 2
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
Ayat ini diturunkan kpd 2 sahabat besar Saidina Abu Bakar dan Saidina umar seperti yang disebut oleh Imam Bukhari.
Konteks ayat ini juga dituju pada kita semua.Oleh itu,elakkan daripada sibuk dengan perkara lain ketika Al-Quran dan hadis diperdengarkan.Apatah lagi sekiranya sibuk dengan dengan perkara yg LAGHA(sia-sia).الله المستعان
Nabi SAW bersabda :
"إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلقي لَهَا بَالا
يُكْتَبُ لَهُ بِهَا الْجَنَّةُ. وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَط اللَّهِ لَا يُلقي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي النَّارِ أَبْعَدَ مَا بَيْنَ السموات وَالْأَرْضِ"
Sesungguhnya seseorang benar-benar mengucapkan suatu kalimah yang diredhai Allah Swt., sedangkan dia tidak menyedarinya, hingga ditetapkan baginya syurga kerananya. Dan sesungguhnya seseorang benar-benar mengucapkan suatu kalimah yang dimurkai Allah Swt. tanpa ia sedari, hingga menjerumuskan dirinya ke dalam neraka kerananya, lebih jauh dari jarak antara langit dan bumi.
kata al-Hasan al-Basri:
مَن لَمْ يَتَأَدّب مَعَ اللهِ فَوقَ الأَرضِ ، أَدّبَهُ الله تَحْتَ الأَرْضِ
Maksudnya: “Siapa yang tidak beradab dengan Allah di atas muka bumi, nescaya Allah mengadabkannya di bawah muka bumi.” (Lihat Madarij al-Salikin, 2/57)
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ مُنذِرٞ
Katakanlah (wahai Muhammad): " Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran.
#serindu2024
#serindumemacukecemerlanganinsan