SERINDU BERSIH , MURID BAHAGIA
Sekolah Kebangsaan Seri Duyong atau SERINDU telah mengikuti “Program World Clean Up Day” yang dijalankan pada 23 September 2023 hari Sabtu yang lalu. “World Clean Up Day” ini adalah program tahunan SWCorp Malaysia di bawah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Awam Malaysia, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.Ia diadakan di seluruh dunia bermula 16 September 2023 hingga 24 September 2023.
Oleh itu, pihak sekolah di bawah Unit HEM bahagian Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan {3K}, pihak PIBG dan Kelab Alam Sekitar telah menganjurkan satu gotong royong yang melibatkan seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada murid Kelab Alam Sekitar, pengawas rakan sebaya, para guru, pekerja sekolah, ibubapa dan pihak bomba Melaka. Hero Kebersihan ini berganding bahu membersihkan sekolah. Aktiviti ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Matlamat sekolah agar persekitaran sekolah lebih bersih, selamat dan segar tanpa sampah dan pencemaran bau.
Hasil kutipan di luar sekolah dan di sekitar sekolah didapati 243kg sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan 942 unit sisa pepejal yang tidak boleh dikitar semula berjaya dikumpulkan. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi menjamin keselesaan warga sekolah dan kelestarian alam semulajadi. Ini semua berkat hasil usaha barisan pentadbir iaitu Tuan Guru Besar, En Rostam bin Jalil, GPK Pentadbiran Pn Zurina binti Meri, GPK HEM Pn Hasni binti Kari dan GPK Kokurikulum En Azrul bin Ali dan semua
pihak yang memberi Kerjasama. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
#WCD2023
#HeroKebersihan
#wecleantheworld