
Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Merentas Desa Peringkat SKSD Kali Ke-24!
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga SK Seri Duyong yang telah menjayakan program ini – para murid yang bersemangat, guru-guru yang berdedikasi, barisan urus setia yang cekap, serta para ibu bapa yang sentiasa menyokong.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada En. Saidi Mohd Said, YDP PIBG SKSD kerana sudi merasmikan kejohanan ini.
Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan kekuatan fizikal serta mental yang ditonjolkan hari ini akan terus subur dalam diri anak-anak SKSD.
#SKSDHebat #MerentasDesa2025 #Serindumemacukecemerlanganinsan