• Main
  • News

Jazakumullahu Khairan!

Jazakumullahu Khairan!

Jazakumullahu Khairan!

Alhamdulillah sumbangan RM 4000 rujukan dana surau : melalui akaun pibg telah di salurkan untuk penambahbaikan tempat wudhu dan ruang solat wanita.

Pihak Surau SK Seri Duyong merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman atas sokongan dan sumbangan ikhlas anda dalam kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan surau.

Sumbangan anda sangat bermakna dan telah membantu menjadikan surau ini lebih kondusif untuk kegunaan murid-murid dan warga sekolah. Semoga segala amal jariah ini diterima Allah SWT sebagai amalan yang berpanjangan dan diberkati.

Kami mengalu-alukan sumbangan berterusan dari tuan/puan demi kelestarian rumah Allah ini.

No akaun PIBG : 04010000667715 (Bank Muamalat)
Rujukan : Dana Surau

(“Dan apa sahaja yang kamu infakkan daripada kebaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” – Surah Al-Baqarah: 273)