
TAHNIAH & SYABAS!
Warga SK Seri Duyong merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada dua orang murid hebat, Muhammad Zaim Addin bin Zaharudin dan Muhammad Rafhan bin Romzi dari kelas 6 Adil kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan MSSM 2025 dalam acara masing-masing, iaitu:
• Merentas Desa (Muhammad Zaim Addin)
• Bowling (Muhammad Rafhan)
Terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing dan jurulatih cikgu Lokman, cikgu Ainol Adnan dan Ustazah Rafidah atas komitmen yang tinggi.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan sekolah, malah menjadi inspirasi buat seluruh warga SK Seri Duyong. Semoga terus cemerlang dan menjadi kebanggaan negeri serta negara!
“Dari Duyong ke Kebangsaan, Tiada yang Mustahil!”
#Serindumemacukecemerlanganinsan
#MSSM2025
#TahniahWiraSekolah
#KebanggaanKami