Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan, iaitu bulan Ramadan yang mulia.
Bulan Ramadan adalah bulan tarbiah, bulan kesabaran dan bulan meningkatkan amal ibadah. Firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 183:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang terbaik untuk kita semua memperbanyakkan amalan soleh, memperbaiki akhlak dan memperkukuh ukhuwah.
Marilah kita bersama-sama mendidik hati dengan sabar, menjaga tutur kata, serta memanfaatkan setiap detik Ramadan dengan perkara yang bermanfaat.
✨ Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati.
✨ Semoga Ramadan ini membawa keberkatan kepada seluruh warga sekolah dan keluarga masing-masing.
Selamat berpuasa dan menjalani ibadah Ramadan dengan penuh keimanan dan keinsafan.