• Main
  • News

1 April 2026. Secara Rasmi Pengeoperasian Pembukaan Kelas

1 April 2026. Secara Rasmi Pengeoperasian Pembukaan Kelas

1 April 2026. Secara Rasmi Pengeoperasian Pembukaan Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) telah dilaksanakan di SK Seri Duyong. Terima kasih kepada YB Adun Duyong Datuk Mohd Noor Helmi, YB Parlimen Kota Melaka Khoo Poey Tiong, Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Melaka dan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah atas sumbangan dan sokongan yang diberikan bagi memastikan pembukaan kelas PPKI dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Terima kasih dan tahniah kepada Cikgu Siti Zairin dan PPM Pn. Eslina atas usaha dan keringat bagi pengeoperasian pada hari pertama berjalan dengan lancar. Sebagai permulaan PPKI SK Seri Duyong telah menerima 6 orang murid dan ianya dijangka akan bertambah kerana permintaan yang menggalakkan.

Sesi pengeoperasian pembukaan kelas dihadiri Pn. Roslina Bt. Abd Wahab - Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas JPN Melaka, En. Azmidy B. Ismail - Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas JPN Melaka, En. Mohd Rizal B. Abd Rauf dan En. Mohd Yunus B. Selim PPD Melaka Tengah.

Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa kerana memilih PPKI SK Seri Duyong. Semoga anak - anak syurga mendapat pendidikan yang bermutu di sini.